Friday, October 21, 2011

Tak kenal maka tak cinta

Posted by E-e-E-leya at 1:39 AM 0 comments
Bila orang tak mengenaliku....

  1. Eii...sombongnya!
  2. Awak ni garang sangatlah, nanti laki larikkk
  3. "BZ" nya diaaaa
  4. Ha sebab tu la takde BF
  5. Menasihati dengan macam-macam perkara yang di luar jangkaan atau topik
Kenalilah aku. Aku di alam maya dan di alam sebenar adalah dua watak yang berbeza. Lebih manis jika cuba untuk mengenali dan memahami aku dulu sebelum berkata bukan-bukan kerana aku seorang yang sensitif. Tolonglah jangan lukai hatiku. (poyo). Takpelah, aku terima saja apa orang nak cakap. Setiap benda kan bersebab? Lebih manis jika tahu isi hatiku kan?

Wednesday, October 19, 2011

Minggu "BZ"

Posted by E-e-E-leya at 6:53 PM 0 comments

Kenapa semua orang "BZ" akhir-akhir ni?
Mungkin sebab dah akhir tahun kan...

Kenapa aku tak "BZ"?
-Terlalu susah untuk jawab soalan di atas-

Bila "BZ", orang akan cakap...
Sorry, I "BZ" sangat ni. Sorry :(
(Kadang-kadang aku pun tak paham kenapa orang tu buat tanda muka sedih, bukan patutnya aku yang buat ke?)

Bila aku "BZ", aku akan cakap...
Takpe, I ok je ni, tak "BZ" sangat. Kalau "BZ" pun I tetap akan layan u :)
(Aku bukan baik untuk layan sape-sape di kala aku "BZ". Tapi sebab aku fikir kalau aku SIBUK dengan ke"BZ"an aku, sampai bila? Buatnya satu hari nanti aku tak dapat jumpa lagi orang yang patut aku layan tu sebab aku "BZ" sangat atau dia mungkin tak dapat jumpa aku dah? Aku tak nak menyesal di kemudian hari. At least kalau mati hari ni tapi semalam dah dapat berkomunikasi pun dah cukup lega. (Ini kisah benar.)

Jadi?
Selagi anda masih anda masa, luangkanlah walaupun 1 saat untuk seseorang itu walau se"BZ" mana pun anda sebab kita sendiri tak tahu bila kita dapat berjumpa.

Aku?
Takpelah, aku paham semua orang "BZ" sekarang ni dengan ungkapan "BZ" lah! Aku masih teguh berdiri sekarang ni. Aku cuma pohon sedikit masa untuk diriku dari seorang teman.

Birthday aku 4 November tau..:D

#Wordless Wednesday - Ting Tong Aku Merinduimu

Posted by E-e-E-leya at 1:33 AM 0 comments

Tuesday, October 18, 2011

Saya Cuma Nak....

Posted by E-e-E-leya at 1:13 AM 0 comments

1. Saya cuma nak ada orang datang rumah saya hari ni.
2. Saya cuma nak seseorang yang bole dengar saya nangis untuk 30 minit kat belakang badan dia.
3. Saya cuma nak ada orang dengar saya luahkan perasaan saya.
4. Saya cuma nak ada orang dengar saya membebel.
5. Awak tau tak saya kat wad hari ni sebab saya terlalu tertekan.
6. Saya cuma nak orang yang rapat dengan saya walaupun saya ada famili.
7. Saya cuma nak tengok emel saya sekarang ni.
8. Saya cuma nak pergi jauh-jauh dari semua orang, saya tak nak jumpa sape-sape.
9. Kalau bole, saya cuma nak nangis puas-puas je sekarang.
10. Saya cuma nak baling telefon saya (walaupun murah) sebab benda ni tak penting pada saya.

Monday, October 17, 2011

Entri Khas Untuk Bubu ^^

Posted by E-e-E-leya at 8:39 PM 1 comments

Semalam malam dah pukul 12 malam, terus aku wish Happy Besday kat Bubu. Tak sangka Bubu belum tidur. Kata-kata Bubu membuatkan aku menangis terharu (padahal memang sebelum tu dah nangis). Menangis berlagu aku. (lalallala...kira camtula).

Aku : Hepi besday bubu. I can't say much. I just wanna say i love u so much. Muax. Love Bebe.

Bubu : Bebe..Thank u so much for the lovely wish. Even though it is not much, but i felt the lovw(salah ejala Bubu..love) from ur lovely words. Love yu so much too bebe. Always. Muah bebe. Kiss n hugs!:)

p/s : Nanti Bubu dah kahwin jangan lupa kat Bebe k? T_T


Happy Birthday Farhana Bt Wahab!

Sehingga bertanya pada diri sendiri..Apakah masalah diriku.>T_T

Posted by E-e-E-leya at 12:01 AM 0 comments
Dang..dang..dang..
Masuk hari ni dah berapa hari ek?Aaa...emmm...1..2..3..aaa...8 hari.
8 hari ok. 8 hari. 8 hari bergelumang dengan perasaan takde mood.

Ini seriyes.

Ini sudah menjadi seriyes sebab dah 8 hari. Dan aku tak tahu nak buat apa dan again tak tahu apa masalah aku.

Ini seriyes.

Nak buat keje takde mood. Nak shopping takde mood. Nak makan takde mood even lapar gile macam singa pun. Kesian aku. Kesian sebab aku sendiri tak tahu apa masalah aku. T_T.

Penat. Penat sebab takde improvement dalam kehidupan. T_T.

Sangat seksa.

Friday, October 14, 2011

Saya tak suka bila awak tak message saya walaupun dalam sehari...T_T

Posted by E-e-E-leya at 8:38 AM 0 comments
Saya tak suka bila BF saya tak message saya dalam sehari. At least mengesay Hi ke How r u ke.
Ok saya lupa patutla tak message. Rupanya saya memang takde BF. T_T
Sekian.
 

My Quetie Sweeti Pie Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting