Friday, November 4, 2011

Happy Birthday Elia!!

Posted by E-e-E-leya at 10:12 AM

Happy Birthday Elia...Happy Birthday Elia...Happy Birthday to you...Happy Birthday Elia...hahah...bestnya la hai birthday harini kannn. Kek di atas adalah kek yang sebenar sebelum kena tipu dengan Sri gile. Haha.

Suatu pagi, aku datang opis dalam keadaan lambat sebab jammed. Ok fine sebab aku bangun lambat. Datang dengan muka biasa, baju biasa dan perangai biasa. Buka PC untuk balas wish-wish dekat FB. 40 kau. Hamek.

Sri dan Nu'man datang dengan muka selamba. Pelakon hebat.

Tiba-tiba, Abang Shah datang dengan bunga sejambak. Bunga Ros. "Nah Elia, aku tak tau sape bagi..dah tulis E ni, kaulah kot" (aku edit sikit.Haha). Siap cakap apa-apa tah pasal bunga tu kat Sri.

Tiba-tiba Erin masuk (Oscar ni). Sambil cakap telefon. Ok apa kau nak Erin. Tiba-tiba Erin cakap "Elia sori bunga ni I punya, BF i kasi". Noktah kat situ. Gamam. Sedih. Gila. Malu. Taknak keluar bilik. (ni nasib baik duk dalam bilik,kalau tak?) Ngadu kat Sri. Benci Abang Shah sebab salah bagi. Benci Nu'man sebab duk asik gelakkan. Tak pasal-pasal Aizat sekali kena benci sebab dia pun gelakkan. Menitis air mataku kerana kejadian ini. Kejam kan?

Pastu Erin masuk lagi bagi kek. Dia kata BF dia minta maaf sebab dah malukan aku. Ini hasilnya.

Cantik kek murah ni Sri. Sedap juga! Ni la muka-muka pelakon hebat tu. Muka aku tetap tersenyum manis walaupun sedih kan?

Pukul 4.30 petang, Kak Min panggil masuk bilik untuk diskus setelah mengdownkan aku dengan kata-kata yang menguatkan hati untuk berhenti kerja. Ok aku memang sensitif ye. Tiba-tiba Nu'man ketuk pintu kata nak cakap kejap dengan Kak Min.

Tiba-tiba "Happy Birthday to Elia" (nyanyi ramai-ramai). Aku macam apakah yang berlaku ini? Tiba-tiba Sri kata "Elia, gotcha!" Pastu gelak ramai-ramai. Jahat. Kejam. Gila. Sweet. Terharu. Termakbul hajat untuk dapat surprise. :). Pasni tak nak dah. Tobat.


0 comments on "Happy Birthday Elia!!"

 

My Quetie Sweeti Pie Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting